PuLAu LaNgKaWi

PeNgAnGkUtAn YaNg DiSeDiakan
dI PuLaU lAnGkAwI

Panduan Perjalanan ke Langkawi

Oleh kerana Langkawi adalah sebuah pulau, maka pelancong dan penduduk tempatan bergantung kepada bot dan feri untuk berulang alik ke tanah besar. Bagaimanapun, dengan kepesatan pembangunan di Langkawi, sebuah lapangan terbang modern dan lengkap bertaraf antarabangsa telah dibina di sebelah pantai barat Kuala Muda.

Pengangkutan Udara

Lapangan terbang antarabangsa (04-955 1311) di Kuala Muda, terletak 20 kilometer dari pekan Kuah. Penerbangan pergi dan balik meliputi beberapa destinasi di Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor bahru dan Ipoh. Terdapat juga penerbangan antarabangsa ke Changi, Singapura dan Kansai, Jepun. Lapang terbang ini menjadi lokasi pendaratan beberapa syarikat penerbangan seperti Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), Silk Air dan Air Asia. Terminal lapangan terbang Langkawi ini juga dipenuhi dengan kedai-kedai bebas cukai. Beberapa ratus meter daripada lapangan terbang terletak kompleks bebas cukai yang besar bagi pengunjung membeli pelbagai barangan berstatus bebas cukai. Kawasan ini juga menjadi lokasi persidangan dan pameran antarabangsa, seperti pertunjukan International Maritime and Aerospace (LIMA) yang diadakan pada November setiap tahun.
Perjalanan Harga Syarikat Penerbangan
Langkawi - Kuala Lumpur RM 135.00 MAS;Air Asia Terus, setiap hari
Langkawi - Pulau Pinang RM 51.00 MAS;Air Asia Terus, setiap kali
Langkawi - Johor Bharu RM 199.00 MAS;Air Asia Terus, setiap kali
Langkawi - Singapura RM 333.00 MAS;Silk Air Terus, setiap hari

Pengangkutan Air

Terdapat empat lokasi pelepasan dan ketibaan feri dan bot bagi pengunjung yang ingin menikmati kesronokan perjalanan air.Lokasi-lokasi berkenaan (dari tanah besar) ialah Kuala perlis (Perlis), Kuala Kedah (Kedah), George Town (Pulau Pinang) dan Satun (Thailand).
Jeti Tempoh perjalanan Harga Tiket
Kuala Perlis 45 minit RM 13.00
Kuala Kedah 1 jam 10 minit RM 15.00
Georgetown 2 jam 30 minit RM 35.00
Satun 1 jam 30 minit RM 15-18.00

Beberapa Syarikat Feri ke Langkawi

Terdapat beberapa syarikat feri yang beroperasi di Kuah, Langkawi yang menawarkan perkhidmatan dari dan ke Langkawi. kebanyakannya beroperasi dari jam 8 pagi hingga 6 petang. The Kuala Perlis Langkawi Ferry Service (KPLFS) Nombor telefon: 04-966 6929
Kelas Harga Tiket
Pertama RM 45
Kedua RM 45
Feri terakhir 6.15 p.m.

Panduan Perjalanan di Langkawi

Dalam usaha memperkenalkan Langkawi sebagai destinasi pelancongan hijau yang bebas pencemaran asap dan kesesakan, kerajaan melarang para pengunjung membawa masuk kereta peribadi. Justeru, pengunjung ke pulau itu bergantung kepada teksi, pengangkutan awam serta kenderaan sewa (kereta, motorsikal dan basikal) Sekiranya anda ke Langkawi dengan kapal terbang, lebih baik sekiranya anda mengetahui kadar bayaran pengangkutan atau kereta sewa yang dikenakan dengan lebih awal untuk tujuan merancang perbelanjaan sepanjang percutian. Kepada pengunjung yang pertama kali ke Langkawi, teksi akan menjadi pilihan utama tentulah menggunakan khidmat teksi. jadi wajarlah anda mengetahui kadar-kadar tambang teksi - yang mungkin berubah-ubaah mengikut masa dan perkhidmatan.

Pengangkutan Awam

Pengangkutan awam berpusat di Kuah.Terdapat stesen bas di depan hotel City Bayview. Kadar tambang dari jeti Kuah ke pekan Kuah RM1 sekali perjalanan. Perjalanan lain ialah ke Pantai Cenang, degan kadar tambang RM1.70. Kadar Tambang Teksi
Perjalanan Harga
Lapangan Terbang - Kuah RM 12.00
Lapangan Terbang - Pantai Cenang/Pantai Kok RM 10.00
Jeti Kuah - Pekan Kuah RM 5.00
Jeti Kuah - Lapangan Terbang RM 15.00
Kuah - Pantai Cenang/Pantai Kok RM 15.00
Kuah - Pantai Kok RM 20.00

Kereta Sewa

Sewa kereta bersinonim dengan Langkawi. terdapat pengusaha sepenuh masa, dan ada yang menyewakan kereta secara sambilan, khususnya pada musim cuti sekolah atau pada hujung minggu. Anda tidak perlu mencari kereta untuk disewa, kerana mereka yang akan mencari anda! Sejurus menjejak kaki ke Jeti Kuah, pasti ada pengusaha yang akan menawarkan kereta untuk disewa. terpulanglah kepada kebijaksanaan anda untuk melakukan tawar menawar. Bagaimanapun, sekiranya anda dan rakan-rakan berhajat untuk memandu sendiri, maka pilihan terbaik ialah menyewa daripada pemilik resort pantai tempat menginap. kebanyakan mereka mempunyai kenderaan untuk disewa, atau menguruskan penyewaan daripada pihak ketiga. kadar sewaan adalah berbeza-beza mengikut jeniskereta.kadar sewaan biasanya bermula dengan RM50 sehari.

Motorsikal sewa

Cara paling mudah dan jimat untuk bersiar-siar di sekeliling langkawi ialah menunggang motorsikal. Terdapat pelbagai jenis motorsikal yang disewakan di pulau itu, bermula dengan motorsikal berkuasa tinggi sehinggalah motorsikal keris berkuasa 110cc dan Honda 70cc. kadar sewa motorsikal adalah sekitar RM25 sehari. Anda boleh bergerak sejauh 70 kilometer mengelilingi pulau nan indah ini tanpa rasa ragu-ragu dengan menunggang motorsikal. Tapi awas, pastikan anda membawa lesen!

<<< KEMBALI KE MENU