Make your own free website on Tripod.com
SEJARAH PULAU PANGKOR


KOTA BELANDA

Dibina pada tahun 1670  oleh orang Eropah yang pertama sampai di Perak. Tujuan pembinaan adalah untuk melindungi kepentingan perniagaan Belanda di sini. Ia berfungsi  sehinggalah tahun 1748.Kota itu mempunyai banyak kesan sejarah sehinggalah orang tempatan dan lanun memusnahkannya.Kini pihak Majlis Perbandaran Manjung telah mengambil langkah untuk membaik-pulihnya.

Lokasi  : Kampung Teluk Gedung,

BATU BERSURAT

Batu bersurat terletak berhampiran dengan Kota Belanda.Dibahagian hadapan batu ini terdapat gambar yang menunjukkan harimau sedang membaham seorang budak lelaki, lambang "VOC" dan tahun 1743. Budak lelaki itu dipercayai anak pedagang Belanda yang hilang dan dipercayai telah dibunuh oleh harimau.Selain itu ia dipercayai turut menggambarkan kehampaan orang-orang Belanda dalam menangani masalah lanun di perairan Sungai Dinding yang sudah pastinya menggganggu perdagangan bijih timah mereka di negeri Perak.


<<< KEMBALI KE MENU
TERUSKAN >>>