Make your own free website on Tripod.com
TEMPAT-TEMPAT MENARIK di PULAU PANGKOR
TELOK KETAPANG DAN TELOK NIPAH Terletak kira-kira 15 km dari Pekan Pangkor dan berhadapan dengan Pulau Giam. Pantai Telok Ketapang dan Pantai Telok Nipah merupakan dua buah pantai yang terletak bersebelahan dengan pantai Pasir Bogak. Pantai ini masih landai dan air lautnya biru jernih serta pasir pantainya yang putih. Pantai ini masih belum tercemar dan kaya dengan keindahan alam semulajadi. Aktiviti yang boleh dijalankan di sini ialah sukan air, perkhemahan, beriadah dn berkelah. Di pantai ini juga banyak terdapat kehidupan laut seperti bunga karang, gamat dan lain-lain yang jarang terdapat di pantai-pantai lain dan juga sebuah Tokong Cina yang menjadi tumpuan umum di kawasan ini.

PANTAI PASIR BOGAK Pantai ini merupakan pantai yang terletak paling hampir dengan jeti feri Lumut-Pangkor. Ianya mengambil masa lebih kurang 15 minit perjalanan dari jeti. Panjang pantai lebih kurang 1.3 km. Pantai ini merupakan pantai perkelahan yang amat menarik dan sering dikunjungi oleh pelancong-pelancong tempatan dan luar negeri. Untuk ke pantai ini anda boleh sampai dengan menaiki bas atau teksi dari pekan Pangkor dan jarak perjalanan kira-kira 5 km. Ianya terkenal dengan aktiviti berkelah, mandi manda, sukan air, berbasikal, memancing dan bersiar-sirar. Di sinilah terletaknya Hotel Beach Hut, Hotel Sea View, Mini Camp, Standard Camp Pangkor, Paradise Camp, Long House dan Rumah Rehat Kerajaan. Di pantai ini juga terdapat kemudahan Dewan Seminar dan Serbaguna serta tandas awam.

<<< KEMBALI KE MENU
TERUSKAN >>>