TEMPAT2 MENARIK
DI PULAU REDANG



Taman Laut Negara Memukau JIKA anda mahukan ketenangan dan bebas daripada kesibukan kota, datanglah ke Pulau Redang yang penuh dengan keindahan alam semula jadi belum tercemar. Pulau terletak 45 kilometer dari Kuala Terengganu dan diwartakan sebagai Taman Laut Negara itu dikelilingi lautan yang jernih serta dipenuhi pelbagai jenis hidupan laut yang memukau. Sehubungan itu, pihak Square Point Hotel iaitu sebuah hotel yang sedang meningkat maju di Kota Bharu mengorak langkah membina sebuah tempat percutian Square Point Redang Resort di Pulau Lang Tengah (gugusan Pulau Redang). Untuk ke destinasi itu, mereka menyediakan dua bot laju yang boleh dinaiki di jeti Merang dan akan sampai dalam setengah jam berbanding 2 jam jika menaiki bot nelayan biasa. Pengurusan Squeare Point menyediakan pelbagai aktiviti untuk penginap seperti berkelah, menyelam dan perkelahan di taman laut berkenaan. Selain itu, pengunjung juga dapat menikmati keindahan flora dan fauna yang terdapat di hutan sekitar pulau itu. Pulau Redang adalah satu gugusan pulau yang indah seperti Pulau Lang Tengah, Pulau Telaga Batu, Pulau Ling, Pulau Lima, Pulau Paku Besar dan Pulau Kerengga Besar.

Untuk pengunjung yang ingin menikmati keindahan taman laut kawasan seperti Tanjong China Terjun adalah sesuai kerana terdapat banyak jenis ikan yang berwarna warni dan batu karang yang amat cantik. Bagi peminat aktiviti menyelam dan memancing di sini adalah syurga bagi mereka. Pelancong asing terutamanya dari Eropah, Jepun dan Korea amat mengkagumi keindahan Taman laut Negara yang terkenal sebagai salah satu pantai terindah di dunia. Pakej promosi ditawarkan untuk tiga hari dua malam adalah sebanyak RM350 termasuk sarapan pagi, makan tengahari, makan malam dan minum petang dan pelbagai aktiviti seperti snorkeling, melawat pulau dan menyelam. Bagi pengunjung yang berkesempatan melawat pulau-pulau yang berhampiran tentu mereka akan tertarik dengan sebuah perkampungan nelayan di situ yang mana ke semua rumah yang dibina di atas permukaan air. Selain daripada Square Point Redang Resort terdapat banyak lagi tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi oleh orang ramai terutamanya pelancong dari luar negeri. Keindahan yang terdapat dirakamkan melalui gambar sahaja kerana segala batu karang yang terdapat di pulau itu tidak dibenarkan dibawa pulang oleh pengunjung.


<<< KEMBALI KE MENU
TERUSKAN >>>