LATARBELAKANG
DI PULAU REDANG





Pulau Redang terletak 50 km dari pinggir pantai Kuala Terengganu. Pulau ini merupakan pulau yang terbesar daripada sembilan buah gugusan pulau di perairan Terengganu. Pulau Redang juga telah diisytiharkan sebagai sebuah taman laut. Air lautnya yang jernih, pantainya yang putih bersih serta hidupan marinnya yang pelbagai merupakan keistimewaan pulau ini. Aktiviti perikanan tidak dibenarkan dalam jarak 3.2 km dari pulau ini. Tumbuhan dan hidupan karang juga tidak dibenarkan diambil di pulau ini.




Pulau yang seakan-akan syurga dunia ini sesuai untuk berenang, merentas hutan,memancing ,bersiar-siar dengan bot.Ia juga mengambil masa 2 jam dengan menaiki bot dari kampung Merang.Walaubagaimanapun,pelawat harus mendapat kebenaran dari Pejabat Perikanan kerana Pulau Redang adalah taman perikanan diMalaysia.Pengumpulan sumber-sumber laut dan Penangkapan ikan tidak boleh dilakukan didalam jarak 3.2 km.


<<< KEMBALI KE MENU
TERUSKAN >>>